Netizen geram tengok Mamat Sepah yang suka menyampuk ketika tetamu jemputan podcastnya – Ustaz Syamsul Debat – tengah bercakap.

Netizen menyatakan bahawa mereka awalnya gembira melihat podcast tersebut menjemput tetamu seperti Ustaz Syamsul Debat.

Malangnya, kelakuan Mamat Sepah merosakkan segalanya.

Dalam podcast tersebut, Ustaz Syamsul Debat tengah bercerita, namun Mamat Sepah beberapa kali menyampuknya. Membuatkan Ustaz Syamsul Debat berkata dengan nada bergurau: “Tak cerdiknya dia ini, geram betul. Daripada tadi aku menahannya.”

Netizen kemudian memberikan komen dan teguran kepada Mamat Sepah yang dianggap agak biadap.

Menurut mereka, ianya adab yang sudah diajar dari kecil, apabila orang lain bercakap terutama orang lebih tua yang bercakap, jangan menyampuk.

Mamat Sepah patut rasa malu

Netizen lain berkata: “Kalau aku la Mamat, memang aku keluar terus dari podcast ni. Tebal muka. USD yang tegur, bukan calang calang jemputan.

“Menyampuh nda [tidak] kenal tempat. Kalau nda berubah lagu nda tau la Mamat.”

Ramai yang menganggap tindakan Mamat Sepah itu tidak cerdik. Dan mereka meminta Mamat Sepah selepas ini perbaiki dirinya. Kerana sikap suka menyampuk tetamu sedang bercakap itu menurut netizen, sudah berlaku sejak awal podcast tersebut.

Netizen bagaimanapun berharap Mamat Sepah tidak ambil hati dengan teguran Ustaz Syamsul Debat. Kerana teguran tersebut ternyata dalam bentuk santai seperti bercakap dengan kawan. Yang penting isi teguran tersebut harus diambil serius.

Yang lain menegaskan bahawa pentingnya memilih podcast yang betul supaya tidak menyenangkan seperti ini. Namun netizen rata rata berterima kasih kepada Ustaz Syamsul Debat yang sanggup hadir ke podcast tersebut.

Kerana bukan mudah nak mendengar Ustaz Syamsul Debat membuat perkongsian.