Pada hari semalam Malaysia digemparkan dengan berita penyelewangan zakat bernilai kira-kira RM230 juta.
Sebanyak 18 buah kereta pelbagai jenama disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sebuah rumah mewah.
Oleh kerana rekaan rumah itu mirip dengan rumah pereka yang membuatnya, netizen telah menuduh, mengaitkan pereka rumah terlibat dengan kes terbabit.
Sehubungan itu, syarikat arkitek berkenaan tampil membersihkan namanya.
“Pihak tertentu telah menimbulkan fitnah terhadap MAG akibat salah sangka yang berlaku. Untuk penjelasan, MAG hanyalah arkitek dan kontraktor yang dilantik secara profesional oleh setiap klien bagi merealisasikan rumah idaman mereka.
“Memang benar terdapat reka bentuk yang hampir sama dengan kediaman MAG sendiri, namun rumah tersebut adalah milik pemilik yang berbeza, berada di lokasi yang berbeza, dan dibangunkan untuk klien yang berbeza,” petik kenyataannya.
Oleh kerana itu syarikat tersebut meminta orang ramai tidak membuat, menyebar spekulasi tidak tepat mengenainya.
“Persamaan dari sudut reka bentuk tidak sama sekali bermaksud pemilikan rumah tersebut adalah milik MAG.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat andaian atau menyebarkan tuduhan tanpa fakta yang tepat kerana ia boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan reputasi pihak yang terlibat,” jelas MAG lagi.