Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mendedahkan lebih RM9.7 juta wang zakat dikhuatiri lesap selepas dipercayai diambil syarikat pengutip zakat.

Jumlah itu melibatkan empat kes yang masih disiasat pihaknya dengan jumlah sebenar zakat yang masih belum dipulangkan ialah RM9,714,182.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Daripada jumlah itu, dua kes dikesan di Selangor dan masing-masing satu kes di Terengganu dan Perak, lapor Buletin TV3.

Sumber Gambar: FB JSJK PDRM

“Kes di Perak mencatatkan nilai kerugian tertinggi iaitu RM9,629,682.

“Amat mendukacitakan apabila wang zakat juga turut diseleweng oleh individu-individu yang diamanahkan untuk mengutip wang terbabit,” katanya.

Di dalam kes itu, syarikat yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, MAIPk disyaki gagal mendepositkan wang kutipan bermula Mac 2023 hingga September 2023 menyebabkan wang zakat lebih RM9.6 juta itu lesap.

Ramli Mohamed berkata pihaknya akan merakam keterangan pihak syarikat terbabit bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, perkara ini tidak sewajarnya berlaku kerana zakat adalah satu daripada lima rukun Islam yang menjadi pegangan setiap muslim.

“Sewajarnya, wang kutipan zakat diuruskan dengan baik dan penuh amanah supaya dapat dimanfaatkan sesuai dengan kehendak agama.”

“JSJK memberikan amaran keras kepada pelaku-pelaku jenayah ini bahawa tindakan tegas selaras dengan peruntukan undang-undang akan diambil bagi memastikan jenayah sebegini tidak berulang,” katanya.

Sumber