Sebuah syarikat di China, Pang Donglai telah memperkenalkan cuti ‘sedih’ kepada mana mana pekerja yang tidak gembira untuk bekerja pada hari tersebut.

Pang Donglai adalah sebuah syarikat yang memiliki rantaian pasaraya di China.

“Jika kamu tidak gembira atau bersedih, jangan datang kerja,” kata Pegerusinya, Yu Donglai.

Ianya sebagai satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dalam aspek kesihatan mental. Di mana semakin ramai rakyat tertekan dan ada yang mencabut nyawa sendiri.

Jadi, mana mana individu yang merasa sedih dan tidak boleh bekerja, maka boleh mendapatkan kebenaran pihak atasan untuk cuti tidak gembira.

Ada banyak faktor yang menyumbang kepada kesedihan termasuk, kehilangan orang tersayang atau haiwan peliharaan yang membuatkan seseorang itu perlukan rehat untuk hari tersebut.

Yu menyatakan: “Saya nak semua staf saya bekerja dengan keadaan gembira. Dan saya mahu mereka ada kebebasan.

“Cuti tidak gembira ini adalah tidak boleh dinafikan oleh jabatan. Kerana ianya dianggap melanggar peraturan dan prinsip syarikat.

Sebenarnya, keputusan Yu Donglai untuk mewujudkan cuti tidak gembira itu selepas beberapa tahun dia membuat tinjauan dan kajian.

Dia juga mengambil statistik dikeluarkan jabatan perangkaan China yang menyatakan bahawa pada 2021, lebih 65% pekerja tidak gembira dan terlalu penat bekerja.

Yu turut melarang mana mana ketua jabatan menyuruh staf bekerja lebih masa.

Dia menambah: “Menyuruh staf melakukan kerja lebih masa adalah perbuatan tidak beretika dan menghalang orang lain daripada membangunkan dirinya.

“Kami tak nak membentuk syarikat besar, kami cuma mahu menjadikan tempat ini tempat kerja yang menyeronokkan, sihat, tenang. Itu juga salah satu hasrat utama syarikat ini.

“Syarikat ini berpegang kepada prinsip ‘Kebebasan dan Kasih Sayang’.”

Secara keseluruhan, syarikat tersebut memberikan cuti tahunan sekitar 30-40 hari. Untuk Tahun Baru Cina, mereka diberikan cuti 5 hari – tutup kedai.

Untuk cuti tidak gembira, ianya tersedia sehingga 10 hari, terpulang kepada budi bicara syarikat. Tidak ada pengesahan doktor diperlukan. Cukup dengan memaklumkan kepada orang atasan atau ketua mereka.

Sumber