Pernahkah anda terbayang bahawa suatu hari nanti anda akan dibayar dengan nilai yang tinggi hanya untuk sebuah pekerjaan yang hanya ditugaskan untuk merasa gula-gula? Percaya atau tidak, pekerjaan sebagai Ketua Pegawai Rasa Gula-Gula wujud dan mereka dianggap sebagai profesional di industri makanan.
Sebuah syarikat Kanada dengan nama Candy Funhouse telah membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi Ketua Pegawai Rasa Gula-Gula pertama di dunia. Tugas anda hanya satu, merasa gula-gula yang dikeluarkan oleh syarikat terbabit dan bawa pulang gaji sebanyak CA$100,000 atau sekitar RM346,854.
Sebagai pegawai yang ditugaskan untuk menguji gula-gula, anda boleh memilih untuk masuk ke pejabat atau bekerja terus dari rumah.
“Kami sedang mencari Ketua Pegawai Gula-gula yang pertama dan satu-satunya di dunia! Anda berpeluang untuk bekerja dari rumah atau bekerja sama ada di Toronto, Kanada atau Newark, New Jersey, dengan bayaran sehingga CA$100,000 setiap tahun untuk menerajui Strategi Gula-gula ‘FUNhouse’.
“[Tugas anda] termasuk meluluskan semua gula-gula dalam inventori dan memutuskan sama ada untuk meluluskan setiap hidangan dengan ‘Cop Kelulusan CCO (Ketua Pegawai Gula-gula)’,” kata syarikat itu dalam satu penerangan tugas seorang pegawai gula-gula.
Selain itu, anda juga akan ditugaskan untuk menguji lebih daripada 3,500 produk gula-gula sebulan, menjalankan mesyuarat lembaga gula-gula dan memutuskan produk yang akan dikeluarkan oleh Candy Funhouse.
Lebih menarik lagi, tawaran ini dibuka kepada mereka yang berumur lima tahun ke atau lebih. “Apa yang anda perlukan hanyalah semangat untuk gula-gula, budaya pop, dan gigi manis!” Kata Candy Funhouse.
Setakat laporan ini ditulis, lebih 200 orang sudah memohon jawatan ini di halaman LinkedIn Candy Funhouse.
Pemungut sampah di Singapura bakal terima kenaikan gaji sehingga RM10,000 sebulan. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.
Pemungut Sampah Di Singapura Bakal Terima Kenaikan Gaji Sehingga RM10,000 Sebulan
Gaji Pokok Hanya RM550, ‘Pay Slip’ Pengawal Keselamatan Ini Cetus Perdebatan Netizen
Ini Kisah Gaji Kilang Selepas Saya Dapat Diploma Kejuruteraan Awam