Perjalanan Kanada di Piala Dunia 2026 berakhir di pusingan 16 terbaik selepas tewas 0-3 kepada MaghribI dalam aksi yang berlangsung di Houston.
Kanada sebenarnya mempamerkan aksi bertenaga pada babak pertama dan beberapa kali menguji benteng Atlas Lions. Namun, mereka gagal memanfaatkan peluang yang terhidang sebelum kedua-dua pasukan menamatkan separuh masa pertama tanpa jaringan.
MaghribI memecahkan kebuntuan lima minit selepas rehat menerusi gerakan sepakan percuma yang dirancang rapi. Achraf Hakimi melorongkan bola ke belakang kepada Azzedine Ounahi yang melepaskan rembatan tepat untuk menewaskan penjaga gol Kanada.
MOROCCO HIT THE FRONT 🇲🇦
Ounahi wrapped his foot around it for a lovely finish. Something from the training ground 🔥 pic.twitter.com/ZbqxEk3Kbt
— ESPN FC (@ESPNFC) July 4, 2026
Skuad kendalian Jesse Marsch kemudian meningkatkan tekanan dalam usaha mencari gol penyamaan, namun disiplin pertahanan Maghribi serta ketangkasan Yassine Bounou terus menggagalkan setiap percubaan tuan rumah.
Ketika Kanada semakin terbuka di bahagian belakang, dan rancak mencari gol dengan menghantar lebih ramai pemain ke zon serangan, mereka dihukum.
Maghribi menghukum mereka menerusi serangan balas pada minit ke-82 apabila Ounahi menjaringkan gol kedua peribadinya untuk meletakkan Atlas Lions selesa di hadapan. Kredit kepada Brahim Diaz yang menjadi pencipta peluang.
Pada minit 90+8, Soufiane Rahimi melengkapkan kemenangan 3-0 selepas menyudahkan satu lagi serangan pantas hasil ‘counter-pressing’. Brahim Diaz sekali lagi memainkan peranan mencipta peluang gol yang disudahkan Rahimi.
Kemenangan itu menyaksikan Maghribi meneruskan kemaraan selepas sebelum ini menyingkirkan Belanda menerusi penentuan sepakan penalti.
Manakala Kanada menutup kempen yang tetap bersejarah apabila buat pertama kali mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia.