Bekas penyanyi kumpulan Dolla, Syasya Rizal mendedahkan dia jatuh cinta dengan suaminya buat kali pertama setelah melihat wajahnya seperti Nobita.
Nobita merupakan salah satu karakter yang popular dalam manga dan animasi Doraemon.
Syasya Rizal tidak ambil hati kalau melihat netizen mengusik wajah suaminya, Nasrullah seperti Nobita. Kerana dia memang suka dengan usikan itu, yang dianggap satu pujian kepada suaminya.
Syasya sendiri memang suka dengan cerita Doraemon dan suka melihat wajah Nobita. Seterusnya, setiap kali Syasya melihat wajah suaminya, dia akan teringat dengan cerita animasi popular dari Jepun itu.
Beberapa bulan yang lalu, Syasya sempat berkongsi lukisan perkahwinan Nobita dan Sizuka di IG beliau.
Nasrullah juga begitu, dia tak pernah bengang dipanggil atau disamakan dengan Nobita.
Nasrullah sendiri menyatakan bahawa kawan kawan dan kenalan rapatnya sendiri selalu menyamakannya dengan Nobita dan memanggilnya dengan nama Nobita.
Dipetik daripada laman Oh Bulan, Syasya berkata: “Itu juga adalah salah satu sebab saya tertarik dengan dia, sebab macam Nobita. Saya kan memang suka cerita Doraemon.
“Jadi setiap kali tengok dia, mengingatkan saya dengan cerita Doraemon.”
Comel la, Syasya pun dah macam Shizuka min tengok🥹🫶🏻#ohbulan #Syasya #Dolla pic.twitter.com/6TfbNFu2cU
— OHBULAN! (@ohbulancom) June 9, 2024
Syasya dan Nasrullah diraikan dalam satu majlis resepsi perkahwinan pada Sabtu lalu.
Syasya sebelum ini pernah mengejutkan peminat industri hiburan tanah air apabila dia mengumumkan keluar daripada Dolla atas sebab peribadi.
Nenek kepada Syasya sendiri terkejut dengan keputusan cucunya itu kerana Dolla sedang berada di kemuncak kegemilangan mereka.
Tidak lama selepas itu, Universal mengesahkan bahawa Syasya sebenarnya sudah pun sah menjadi isteri kepada Nasrullah.