Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar menyatakan pengurusan operasi haji bagi tahun 1446H/2025M adalah yang terbaik dan mendapat pujian serta pengiktirafan kerajaan Arab Saudi.
Memetik Harian Metro, bagi operasi haji kali ini, Lembaga Tabung Haji (TH) menerima Anugerah Tertinggi Labaytum ‘Diamond Award’ untuk pengurusan jemaah haji terbaik dunia daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Baca Juga:
- Tabung Haji Terima Anugerah Tertinggi Dari Kementerian Haji Dan Umrah Arab Saudi

- Tabung Haji Umum Dividen 3.25%, Tertinggi Dalam 7 Tahun

- Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 2023 Sebanyak 3.1 peratus


“Bagi tahun operasi 1446H/2025M ini agak istimewa sebab kita menerima ‘Diamond Award’, ia satu penghargaan tertinggi yang diberikan kepada TH hasil daripada pengurusan yang terbaik.
“Ia adalah usaha yang ditunjukkan oleh semua pihak, khususnya daripada pihak pengurusan tertinggi hingga kepada warga kerja TH. Kerja berpasukan antara faktor bagaimana pengurusan TH berjaya berjalan dengan baik,” katanya.
Mohd Na’im berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan 264 orang jemaah haji yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini, semalam.