Seorang wanita tampil memberikan penjelasan tentang laporan bahawa Tajikistan melarang pemakaian tudung dan sambutan Hari Raya.

Laporan tersebut membuatkan ramai pihak mengecam Tajikistan yang merupakan sebuah negara Islam.

Namun seorang wanita tampil menjelaskan perkara sebenar.

Menurutnya, larangan tudung yang dikenakan adalah merujuk kepada laragan kepada beberapa jenis tudung, dan bukannya larangan pemakaian tudung.

Tajikistan mahu memperkasakan semula budaya dan tradisi negara tersebut yang semakin ditelan zaman. Golongan pada hari ini semakin terpengaruh dengan pemakaian tudung dari negara asing berbanding tudung dari negara mereka.

Wanita itu berkata: “Penjelasan ini berdasarkan daripada sahabat saya sendiri yang asal Tajikistan, bukannya berdasarkan laporan media luar atau laporan tertentu yang menjadi rujukan.

“Anda semua harus tahu, kerajaan Tajikistan sangat mementingkan identiti dan budaya masyarakat mereka.

“Namun di Tajikistan pada hari ini, kalau anda bersiar siar di sekitar bandar Dushanbe, di situ anda sudah tak nampak dah gaya orang Tajikistan.

“Cara mereka berpakaian sudah dipengaruhi cara pemakaian orang barat [Orang Putih] dan orang Arab. ‘Tajik’nya hilang. Sebab itulah wujud peraturan tudung ini.

“Namun ramai yang salah faham tentang peraturan pemakaian tudung. Ianya baru diluluskan, dan ianya bukan spesifik kepada tudung sahaja, tetapi ia sebenarnya peraturan larangan ke atas pemakaian asing yang tidak menepati budaya dan identiti Tajikistan.

“Pakaian asing ini merujuk kepada apa sahaja cara berpakaian orang asing, ini termasuk tudung orang Arab, tudung yang bermacam jenis gaya, yang dianggap gaya asing, dan itu bukan budaya kami.

“Bukan tudung asng sahaja yang dilarang, malah abaya hitam, yang merupakan budaya orang Arab. Seterusnya, skirt pendek, jeans koyak dan pakaian ketat, semuanya dikategorikan sebagai pakaian asing.

“Namun larangan ini lebih kepada bentuk verbal [teguran]. Sama juga dengan saman yang beratus dollar itu, setakat ini semuanya masih verbal oleh ahli Parlimen.

“Ianya masih belum diwartakan secara hitam putih. Cuma kerajaan menegah dan melarang rakyat Tajikistan daripada memakai pakaian yang bukan budaya dan identiti negara Tajikistan.”

Wanita itu kemudian menjelaskan, tiada masalah untuk memakai tudung, namun kerajaan menggalakkan rakyatnya memakai tudung Tajikistan yang sudah dipakai sejak turun temurun.

Menyentuh tentang laporan yang mendakwa Tajikistan melarang sambutan Hari Raya. Wanita tersebut menyatakan laporan tersebut tidak berasas.

Kerajaan tidak pernah melarang sambutan Hari Raya. Cuma beberapa tradisi dalam sambutan Hari Raya telah dilarang.

Wanita itu kecewa dengan laporan media tentang perkara tersebut.

Dia menambah: “Bukannya Tajikistan tak boleh sambut Raya, boleh! Kamu sambutlah Raya seperti biasa. Yang dilarang adalah satu benda sahaja iaitu tradisi Idgardak.

“Ianya satu budaya di mana kanak kanak bangun awal pagi Raya dan ambil beg atau beg plastik, kemudian pergi rumah ke rumah untuk kumpul duit, gula-gula getah, gula-gula.

“Macam apa?

“Ya mirip tradisi Helloween kan? Jadi Idgardak yang macam Helloween ini bukan budaya Tajikistan dan bukan ajaran Islam bukan? Itu sahaja yang dilarang.

“Tiada masalah untuk kamu sambut Hari Raya, nak buat rumah terbuka, nak sambut dengan ahli keluarga, teruskan seperti biasa. Tiada siapa yang melarang.

“Selain daripada itu, ada lagi larangan lain termasuk sambutan harijadi dan ketika majlis perkahwinan. Namun buat masa ini, untuk isu yang sekarang ini, itu sahaja penjelasannya.”

@arirahmatrosman

Abdulloeva Sabrina Habibulloevna (born c. 1999) is a Tajikistan-born content creator who gained popularity in Malaysia for her fluency in the Malay language, particularly the Northern Malay dialect (“loghat utara”). Background and Education Origin: She was born in Dushanbe, Tajikistan, and moved to Malaysia at the age of eight. Residence: She resides in Nibong Tebal, Pulau Pinang, having moved there after her mother married a local Penangite. Education: She is a Bachelor of Biotechnology student at Universiti Sains Malaysia (USM). Language: She speaks fluent Northern Malay, which she learned over 5–6 years, along with her native Tajik and Russian. Social Media Career Sabrina is active on platforms such as TikTok, Facebook, Instagram, and Twitter. She is well-known for her “Siri Abuden” video series, which humorously depicts everyday situations and local cultural nuances. She is often recognized for her ability to speak fluent Malay, despite her foreign background, making her a relatable figure for Malaysian viewers. She has expressed that she considers herself part of the Malaysian community due to her long-term residence in the country.

♬ bunyi asal – اري رحمة – اري رحمة