Penyanyi dan pengarah filem, Wee Meng Chee ataulebih dikenali sebagai Namewee, akan dibebaskan dengan jaminan polis esok selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) mendapati tiada bukti yang mengaitkannya dengan kes pembunuhan seorang pempengaruh Taiwan bulan lalu.

Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, berkata arahan telah diberikan supaya siasatan lanjut dijalankan, petik Free Malaysia Today.

Baca Juga:

“AGC akan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya terdapat penemuan baharu,” katanya seperti dilaporkan oleh Buletin TV3.

Terdahulu hari ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, memaklumkan bahawa polis telah melengkapkan siasatan dan menyerahkan kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya semalam.