Inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan sejak beberapa minggu lalu disambut baik oleh rakyat Malaysia yang terkesan dengan ketidakstabilan ekonomi serta kenaikan kos sara hidup.

Bagaimanapun tindakan seorang exco didakwa mempermainkan Menu Rahmah telah mengundang rasa tidak puas hati netizen baru-baru ini.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam satu video yang dikongsikan semula oleh Twitter @faktabukanauta, exco berkenaan telah menuangkan air oren ke dalam pinggan yang mempunyai nasi, ikan rebus dan sayuran.

“Ikan seekor, sayur sebutir, kuah tak ada pula. Nah ini kita letak kuah dia. Haa, inilah dia kuah air oren.

“Jadilah. Baru rasa nasi sedikit,” kata exco itu selepas menuangkan air oren ke dalam makanannya itu.

Video berdurasi 19 saat yang sudah dipadam daripada platform TikTok exco berkenaan telah menyebabkan netizen berasa sangat marah kerana tindakannya itu mempersenda rezeki makanan.

Tambah netizen lagi jika benar nasi berlauk itu ‘tidak sedap’, bagaimana bahagian nasi berkenaan sudah tinggal sedikit, sehingga menjadi ‘modal sendaan’ exco berkenaan.

Walaupun video asal berkenaan telah dipadam dari akaun TikTok asal exco berkenaan, netizen tetap melontarkan komen kecaman kepada beliau menerusi video-video lain.

“Bukan semua orang mampu makan tengah hari berlaukkan ikan dan sayur, serta air dengan harga RM5. Tak sangka ada pihak yang sanggup jadikannya sebagai bahan sendaan,” kata netizen.