Untuk pengetahuan anda, drama Tiada Maaf Buatmu telah ditayangkan sejak awal bulan lalu di Astro. Terbaharu, Zahirah Macwilson telah berkongsi sedutan babak dalam drama itu di Instagram miliknya.
Menerusi sedutan babak tersebut, Zamarul Hisham yang memegang watak sebagai Datuk Mazlan mempunyai perwatakan miang telah melontarkan beberapa dialog berunsurkan ‘double meaning’ kepada Zahirah yang membawa watak sebagai Aina Cempaka.
Baca Juga:
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Netizen Geleng Kepala Lihat Pemuda Bergaji RM1,100 Nak Pakai Proton X70
Dalam babak tersebut, Zamarul dilihat sedang membuka ikatan tangan dan kaki Zahirah sebelum meminta izin untuk ke tandas.
Adegan tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen melontarkan kritikan terhadap dialog yang diungkapkan oleh Zamarul.
Malah, segelintir netizen turut meluahkan rasa geli dengan ungkapan Zamarul dalam drama itu dan ada juga yang memuji lakonan Zamarul yang dikatakan ‘menjadi’.