Dalam dunia serba pantas hari ini, gaya bukan sekadar tentang rupa tetapi ia tentang ketahanan diri.

Dari pentas hiburan ke litar perlumbaan, Zizan Razak membuktikan bahawa toughness bukan sekadar imej, tapi cara hidup.

Dan kini, semangat itulah yang menjadikannya wajah rasmi baharu untuk G-SHOCK Malaysia.

Zizan Razak : dari Dungun ke dunia G-SHOCK

zizan razak

Dilahirkan di Dungun, Terengganu, nama Zizan Razak tidak perlu diperkenalkan lagi.

Bermula dari pentas Raja Lawak dan Maharaja Lawak, Zizan mengukuhkan tempatnya sebagai pelawak dan pelakon versatil tanah air dengan filem ikonik seperti Polis Evo, Mael Lambong dan Abang Long Fadil.

Akan tetapi perjalanan Zizan tidak berhenti di situ. Dengan minat mendalam terhadap motorsport, dia melangkah ke arena perlumbaan sebenar dengan menyertai PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2024, satu impian yang akhirnya jadi kenyataan.

Dari gelak tawa hingga deruman enjin, Zizan mencerminkan semangat ‘Never Give Up’ dimana sama seperti falsafah G-SHOCK yang terkenal dengan ketahanannya.

‘Toughness is multi-dimensional: DNA G-SHOCK yang hidup dalam Zizan

Falsafah ‘toughness is multi-dimensional’ menjadi nadi kepada kolaborasi ini. G-SHOCK melihat ketahanan bukan hanya fizikal, tetapi juga mental dan emosi yang sama seperti manusia.

Dalam setiap cabaran yang dihadapi, kita dibentuk untuk jadi lebih kuat dan berani.

Tak Goyang, Tak Mengalah - Zizan Razak Simbol Ketahanan G-SHOCK

Zizan membawa nilai itu dengan caranya yang tersendiri iaitu genuine, cool, resilience, obsessed, confident dan charismatic.

Sama ada di depan kamera atau ketika bersantai, dia membawa tenaga dan keaslian yang menjadikannya refleksi sempurna kepada semangat G-SHOCK.

The iconic series 6900, jam legenda untuk mereka yang berani

Tak Goyang, Tak Mengalah - Zizan Razak Simbol Ketahanan G-SHOCK

Sebagai duta rasmi pertama G-SHOCK di Malaysia, Zizan melancarkan kempen ini bersama G-SHOCK DW-6900, model ikonik yang menjadi simbol ketahanan sejak diperkenalkan pada tahun 1995.

Dengan reka bentuk bold, butang hadapan yang ikonik dan triple graph dial yang unik, jam ini kekal sebagai antara model paling berpengaruh dalam sejarah G-SHOCK.

Selepas tiga dekad, DW-6900 masih memimpin dalam gaya dan ketahanan, ia direka untuk mereka yang berani tampil berbeza, tanpa kompromi terhadap fungsi dan personaliti.

Ia bukan sekadar aksesori, tapi pernyataan diri.

Dapatkan 3 koleksi eksklusif Zizan ‘watch pin’

Tak Goyang, Tak Mengalah - Zizan Razak Simbol Ketahanan G-SHOCK

Bersempena kempen ini, G-SHOCK memperkenalkan sesuatu yang pertama kali dilakukan di Malaysia iaitu koleksi eksklusif ‘Zizan Watch Pin’.

Mulai 1 hingga 30 November 2025, pembeli jam G-SHOCK DW-6900 akan menerima tiga rekaan eksklusif watch pin Zizan Razak, selagi stok masih ada.

Koleksi ini bukan sekadar cenderamata tetapi ia simbol penghargaan buat peminat G-SHOCK dan Zizan yang menghargai gaya, semangat dan ketahanan.

Tak Goyang, Tak Mengalah - Zizan Razak Simbol Ketahanan G-SHOCK

Tunggu apa lagi? Anda boleh dapatkan G-Shock ini di semua G-SHOCK Stores, City Chain, Time Galerie, serta pengedar sah Casio seluruh negara.

Untuk yang lebih mudah, anda juga boleh dapatkan secara online di laman rasmi Casio Malaysia, Shopee dan Lazada.