Tanpa kita sedar, kehidupan harian kita kini semakin pantas. Sama ada terlibat dengan mesyuarat, urusan kerja, kecergasan, semuanya perlu diurus dengan cekap.

Dalam kita larut dalam kesibukan, terkadang kita terlupa satu perkara yang sangat penting iaitu waktu solat.

Menariknya, HUAWEI kini tampil dengan penyelesaian yang cukup praktikal untuk pengguna Muslim di Malaysia menerusi aplikasi Waktu Solat Malaysia yang kini boleh digunakan terus di HUAWEI Wearables seperti siri WATCH GT 6, WATCH FIT 4, dan WATCH 5.

Ayuh ketahui lebih lanjut mengapa Waktu Solat Malaysia sedia memudahkan anda!

Sentiasa Tepat Waktu Untuk Solat

HUAWEI

Menerusi aplikasi Waktu Solat Malaysia, jam HUAWEI anda akan kemas kini waktu solat secara automatik berdasarkan lokasi anda.

Setiap kali masuk waktu, notifikasi peringatan akan muncul di jam anda memastikan anda tak terlepas solat walaupun tengah travel atau sibuk bekerja. Serius membantu!

Seimbangkan Antara Kerja, Gaya Hidup dan Ibadah

Jam pintar HUAWEI bukan sekadar mengira jumlah steps dan kadar degupan jantung. Ia juga membantu pengguna menyeimbangkan gaya hidup moden dengan nilai spiritual.

Bayangkan satu jam yang boleh pantau tidur, stres, dan kecergasan anda sambil mengingatkan waktu solat.

Itulah maksud sebenar keseimbangan antara dunia dan akhirat dan HUAWEI nampaknya benar-benar memahami keperluan pengguna Muslim masa kini.

Dibangunkan Khas Untuk Pengguna Malaysia

HUAWEI

Menariknya, aplikasi Waktu Solat Malaysia dibangunkan khusus untuk rakyat Malaysia. Dalam erti kata lain, anda akan menerima waktu solat yang tepat mengikut zon negeri serta fungsi arah Qiblat (untuk model terpilih seperti HUAWEI WATCH 5 dan WATCH ULTIMATE 2).

Bukan itu sahaja, aplikasi ini turut menyediakan rujukan doa dan kandungan Islamik, menjadikan jam anda lebih daripada sekadar aksesori, tetapi juga teman rohani harian.

Berikut merupakan model yang menyokong aplikasi Waktu Solat Malaysia.

  1. HUAWEI WATCH FIT 4 / FIT 4 PRO
  2. HUAWEI WATCH GT 5 / GT 5 PRO
  3. HUAWEI WATCH GT 6 / GT 6 PRO
  4. HUAWEI WATCH 5
  5. HUAWEI WATCH ULTIMATE 2

Manakala fungsi Qiblat pula eksklusif pada dua model iaitu:

  1. HUAWEI WATCH 5
  2. HUAWEI WATCH ULTIMATE 2

Waktu Solat Malaysia yang disediakan untuk kemudahan gaya hidup secara on-the-go turut tersedia pada platform Android dan juga iOS.

Dapatkan HUAWEI WATCH GT 6 Series Hari Ini!

Tak Lagi Terlepas Waktu Solat, Kini Semuanya Di Pergelangan Tangan Anda Dengan HUAWEI Watch

Kalau anda seorang yang pentingkan kesihatan, sukan serta mahu dapatkan jam tangan pintar yang menawarkan waktu solat dengan tepat, HUAWEI WATCH 6 Series adalah jawapannya.

Menerusi reka bentuk premium, ketahanan bateri sehingga 21 hari serta ruang storan sehingga 64GB, jam tangan pintar ini bukan saja penuh sahaja penuh dengan gaya malah praktikal dan berbaloi!

Anda boleh dapatkan HUAWEI GT 6 Series menerusi HUAWEI StoreShopeeLazada mahupun TikTok.

Apa tunggu lagi, Ayuh nikmati fungsi Waktu Solat Malaysia di HUAWEI Watch. Pengalaman Islamik di pergelangan tangan anda!