Selain tempat membeli-belah dan tarikan alam, Bandung juga kaya dengan budaya dan makanan Sunda yang lazat. Pelancong boleh mencuba pelbagai hidangan tempatan seperti Nasi Timbel, Seblak, Batagor, dan Mie Kocok Bandung.
Baru-baru ini, seorang wanita Malaysia mendakwa dia sudah serik untuk pegi Bandung lagi susulan keracunan makanan yang dahsyat.

Tambahnya, di dalam rekod hidupnya, dia tidak pernah lagi mengalami keracunan makanan di mana-mana negara sewaktu melancong sebelum ini.
Tetapi inilah pertama kali dia mengalaminya dan percaya keracunan ini sudah mencapai tahap yang terlalu teruk sehingga menjejaskan kesihatan badan.
Oleh sebab itu, dia merasakan terdapat keperluan untuk tinggal di sana lebih lama sehinggalah sihat namun membatalkan hasratnya itu.
“I rasa nak putus asa and batalkan penerbangan pulang dan melanjutkan tempoh penempatan di Jakarta sehinggalah sihat. Tapi saya teruskan juga sebab saya rela sakit di negara sendiri dan jika terjadi apa-apa boleh dapatkan bantuan,” katanya.
Meneliti ke ruangan komen, wanita mendedahkan keracunan makanan itu berpotensi datang dari restoran terkemuka di Bandung yang dikunjunginya.
Ekoran trauma dengan kejadian itu, dia tidak mahu untuk datang melawat Indonesia lagi dalam 5 tahun mendatang dan mengucapkan selamat tinggal ‘Bye-Bye Indonesia buat masa sekarang”.
Dari ceritanya itu, boleh dibayangkan betapa kesakitan yang dialami sehinggakan perlu berehat dalam jangka masa yang lama untuk mendapatkan kesembuhan dengan rawatan yang sewajarnya.
Perkara menjadi perbualan hangat di platform Threads dan ramai mangsa tampil menceritakan pengalaman mengalami keracunan makanan sewaktu berada di sana.
Dan lebih mengejutkan ada yang mendakwa mereka mendapat keracunan makanan bukanlah kerana makanan di tepi jalan tetapi berpunca dari makanan sarapan pagi di hotel.
Jadi, ada individu yang sudah masak dengan perkara ini langsung mencadangkan kepada orang ramai untuk menyediakan ubat cirit-birit, demam dan seumpamanya sebagai persediaan.