Pada awal Mac lalu, laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) iaitu Seksyen 5A: Raub ByPass telah dibuka untuk kegunaan ramai.

Laluan tersebut menyingkatkan masa perjalanan dari Lebuhraya Pantai Timur ke Kuala Lipis tanpa perlu melalui bandar Bentong dan Raub dengan jarak perjalanan sepanjang 45.3 kilometer (km) yang mengambil masa hanya 30 minit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sempena Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba, ramai perantau sudah mula pulang ke kampung nak mengambil kesempatan menggunakan laluan tersebut.

Bagaimanapun, apa mendukacitakan warganet apabila ada segelintir pengguna laluan tersebut membuat ‘U-Turn’ haram di tengah-tengah Raub ByPass.

Menerusi video yang dimuat naik dan telah dipadam TikTok @ctzu96, perakam video berkongsi menggunakan laluan Raub Bypass buat pertama kali.

Beberapa ketika kemudian, kenderaan dinaikinya itu diperlahankan selepas melihat trafik di hadapan sudah tidak bergerak ekoran kesesakan yang melampau.

Kemudian kenderaan itu membuat pusingan untuk keluar dari laluan baru dibuka itu. Semasa U-Turn beberapa kenderaan lain turut berbuat perkara sama dan keluar menerusi susur masuk Raub Bypass.

Video daripada TikTok itu tular di Facebook dan X.com telah mendapat kritikan netizen di platform berkenaan.

Ramai mengecam tindakan segelintir perantau yang membahayakan keselamatan oranglain dengan membuat U-Turun di tengah-tengah lebuhraya itu.

Sehubungan itu, warganet meminta pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas terhadap pengguna lebuhraya yang didapati melanggar undang-undang.

Orang ramai turut meminta pihak berkuasa meletakkan beberapa anggota di setiap susur masuk lebuhraya berkenaan untuk mengelakkan insiden ‘u-turn’ ini berterusan sehinggalah habis musim perayaan.