Cuti sekolah tak semestinya perlu diisi dengan aktiviti yang memerlukan belanja besar. Kalau nak anak bergerak lebih aktif, banyak aktiviti sukan mudah yang boleh dibuat bersama keluarga menggunakan barang yang sudah ada atau boleh dibeli pada harga berpatutan.

Malah, ibu bapa pun boleh turut serta. Selain anak dapat bergerak, masa cuti juga boleh jadi peluang untuk luangkan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga.

1. Badminton di halaman rumah atau taman

Tak Perlu Keluar Banyak Duit! 5 Aktiviti Sukan Ini Boleh Dibuat Bersama Anak

Badminton antara aktiviti paling mudah untuk dimulakan kerana tak memerlukan ruang yang terlalu besar. Bawa raket dan shuttlecock ke halaman rumah, kawasan lapang atau taman berhampiran dan terus boleh bermain.

Tak perlu pun buat perlawanan serius. Untuk anak yang masih beginner, ibu bapa boleh mulakan dengan latihan memukul shuttlecock atau buat cabaran siapa paling banyak berjaya memukulnya.

2. Buat mini football challenge

Tak Perlu Keluar Banyak Duit! 5 Aktiviti Sukan Ini Boleh Dibuat Bersama Anak

Kalau anak memang kaki bola, tak perlu tunggu sampai masuk padang untuk bermain. Ruang lapang di rumah atau taman pun boleh dijadikan tempat untuk buat mini football challenge.

Contohnya, letakkan beberapa botol kosong sebagai kon dan buat pertandingan kecil seperti siapa paling banyak berjaya menjaringkan gol atau siapa paling tepat melakukan tendangan.

Selain menyeronokkan, aktiviti ini juga boleh membuatkan anak lebih banyak bergerak tanpa mereka rasa seperti sedang bersenam.

3. Skipping challenge

Aktiviti lompat tali nampak mudah tetapi boleh membuatkan sesi bermain jadi lebih mencabar. Ibu bapa boleh buat pertandingan kecil dengan anak untuk lihat siapa paling lama boleh melompat tanpa berhenti.

Kalau anak masih baru mencuba, mulakan dengan beberapa lompatan dahulu dan tambah jumlahnya secara perlahan-lahan.

Paling best, skipping rope juga mudah dibawa ke mana-mana dan tidak memerlukan ruang yang besar.

4. Aktiviti baling cakera

Kalau bosan dengan aktiviti yang sama, cuba bawa cakera ke taman. Aktiviti ini boleh dimainkan oleh dua orang atau lebih, jadi adik-beradik dan ibu bapa pun boleh turut serta.

Boleh mulakan dengan balingan jarak dekat sebelum cuba tingkatkan jarak. Kalau mahu lebih menyeronokkan, buat sasaran menggunakan kon atau objek yang selamat.

Tak perlu peralatan yang banyak, tetapi anak tetap berpeluang untuk keluar rumah dan bergerak aktif.

5. Buat shooting challenge dengan basketball

Tak Perlu Keluar Banyak Duit! 5 Aktiviti Sukan Ini Boleh Dibuat Bersama Anak

Ada ruang kosong di halaman rumah? Cuba buat shooting challenge menggunakan basketball hoop.

Tak perlu pun buat pertandingan yang kompleks. Letakkan beberapa garisan atau kawasan sasaran dan kira berapa banyak balingan yang berjaya masuk. Ibu bapa juga boleh masuk sekali dan tengok siapa paling banyak dapat mata.

Kalau tiada basketball hoop tetap, pilihan portable basketball hoop juga boleh digunakan dan disimpan selepas selesai bermain.

Tak perlu aktiviti mahal untuk buat anak aktif

Sebenarnya, aktiviti cuti sekolah tak semestinya perlu melibatkan taman tema atau tempat rekreasi yang memerlukan banyak perbelanjaan. Dengan beberapa barang sukan yang mudah didapati, halaman rumah atau taman berdekatan pun boleh dijadikan tempat untuk anak bergerak aktif.

Lebih menarik, ibu bapa boleh turut serta supaya aktiviti ini bukan sekadar masa bermain untuk anak, tetapi menjadi family bonding time sepanjang cuti sekolah.