Seorang lelaki mencuri tumpuan netizen apabila bersungguh-sungguh menyiapkan sebuah rumah english style daripada kosong sendirian.

Menerusi perkongsian TikTok @abangmurtabak, beliau terpaksa berbuat sedemikian apabila gagal mendapatkan rumah sewa selepas menerima notis keluar rumah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Nak beli rumah tak sanggup tanggung hutang, umur dah dekat 40 tahun. Nekad beli mesin bancuh simen. Buat sendiri,” ujar Ami.

@abangmurtabak

Buat stor guna besi c-channel part 2 #diy #rumahbesi #cchannel #besibiru #cementboard #primaplank #sheraplank #fyp

♬ bunyi asal – mukriz_syaムクリズ –

Difahamkan beliau membina rumah tersebut di atas tanah Felda, bersebelahan kediaman keluarga mentua dan iparnya.

Ami tidak terus membina rumah, sebaliknya menggantikan sebuah garaj terlebih dahulu.

“Projek pertama, ganti garaj. Semua benda belajar dekat sini. Tak ada basic langsung. Buat sahaja ikut YouTube,” katanya.

Kemudian barulah beliau memulakan projek membina rumah english style.

Pada awalnya Ami ada berasa mahu mengalah, bagaimanapun setelah berjaya menyiapkan bahagian dinding dalam rumah, beliau terus bersemangat untuk siapkan rumah tersebut dengan tangannya sendiri.

Sumber Gambar: TikTok @abangmurtabak
Sumber Gambar: TikTok @abangmurtabak
Sumber Gambar: TikTok @abangmurtabak

https://www.tiktok.com/@abangmurtabak/photo/7327707788589813000Perkongsian video yang tidak sampai 24 jam itu telah mendapat hampir 1 juta tontonan pengguna TikTok.

Ramai berkongsi komen menyatakan hasrat mereka untuk membina rumah di atas tanah sendiri.

Pada masa sama mereka memuji hasil kerja Ami walaupun beliau cuma belajar membina melalui YouTube dan try and error sahaja.

Anda boleh ikut perkembangan rumah english style itu di TikTok @abangmurtabak.