Sebelum ini kecoh di media sosial apabila seorang wanita mengandung terjatuh ketika mahu menyertai cabaran yang dianjurkan oleh YouTuber Isa Isarb. Baru sahaja reda isu itu, muncul pula isu baru.

Terbaharu, Isa Isarb telah memuat naik video cabaran RM10,000 yang dianjurkannya. Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian netizen disebabkan oleh penaja untuk video itu.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Menerusi video itu, Isa Isarb mengatakan video itu telah ditaja oleh syarikat M88 dan ada netizen mendakwa bahawa ia syarikat perjudian. Secara tidak langsung, Isa Isarb telah mempromosikan syarikat perjudian kepada pengikutnya.

Lantaran itu, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan YouTuber tersebut kerana menerima tajaan dan mempromosikan syarikat itu. Malah, ada juga netizen bimbang bahawa anak muda akan terpengaruh dengan perjudian apabila melihat promosi yang dilakukan oleh Isa Isarb.

https://twitter.com/hadisahnon_/status/1518931001216729088

Rata-rata netizen juga menasihati Isa Isarb agar menyemak dahulu syarikat yang mahu memberikan tajaan kerana ia berkaitan dengan hukum halal dan haram. Sebagai YouTuber, seharusnya konten yang diberikan perlu mengandungi nilai yang baik agar bermanfaat bukan sebaliknya.

Bagi anda yang terlepas apa yang berlaku ketika cabaran dianjurkan, klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut. 

‘Patut Duduk Rumah’- Netizen Kecam Wanita Hamil Terjatuh Ketika Mahu Sertai Cabaran YouTuber Bernilai RM10,000

‘Tiada Common Senses’ – Netizen Kecewa Pengunjung Sepahkan Barangan Sewaktu Membeli Belah