Vokalis kumpulan rock Wings, Datuk Awie berkongsi satu berita gembira apabila isterinya, Sharifah Ladyana baharu saja disahkan hamil cahaya mata kedua mereka.

Awie atau nama penuhnya, Ahmad Azhar Othman berharap proses kehamilan isterinya dipermudahkan, petik Harian Metro.

Baca Juga:

“Saya sudah nak masuk yang ke-7 dah anak. Alhamdulillah ini rezeki Allah nak bagi dan saya rasa ini satu penambahan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup.

“Jadi kalau nak tegas dengan mereka ini bukan garang. Garang adalah ‘bullet‘ terakhir. Kalau mereka malas nak belajar, terutama yang main-main selalu anak lelaki.

“Saya tahulah sebab saya lelaki. Insya Allah ini boleh beri ketenangan dalam hidup iaitu anak-anak. Saya tak terfikir saya ada tujuh orang anak. Selagi Allah izinkan.

“Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Selagi Allah izinkan, maknanya Dia tahu orang itu ada kemampuan. Rezeki tak pernah salah alamat,” kata Awie.

Untuk makluman, Awie berkahwin dengan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pada 2016 dan dikurniakan seorang anak pada 2020.

Menerusi perkahwinan terdahulu dengan Rozana Misbun pada 20 Jun 2005, mereka dikurniakan Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki, dan Puteri Qasseh Antasha.

Mereka bercerai pada 1 November 2014. Awie juga memiliki dua anak hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi, Arni Nazira iaitu Putri Aleeya Antasha, 23 dan Putri Aleefa Antasha, 21.

Sumber