Semalam tular di media sosial berhubung dakwaan wujud arahan pengambilan vaksin dos penggalak ketiga kepada seluruh rakyat Malaysia.  Namun, kenyataan tersebut telah disalah erti dan berbeza dari apa yang mahu disampaikan.

Dr. Dzulkefly Ahmad merangkap Menteri Kesihatan Malaysia kini memberi penjelasan yang lebih terperinci terhadap penularan kenyataan semalam. Beliau turut berkongsi satu grafik yang menerangkan kandungan kenyataan sebenar yang mahu disampaikan kepada umum menerusi ciapan terkini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Ingin saya jelaskan bahawa kenyataan hari ini, berkaitan penggambilan vaksin dos penggalak ketiga hanya sebagai galakan kepada golongan rentan iaitu warga emas. Bukan satu arahan wajib kepada semua golongan untuk mengambilnya. Namun, saya tetap menggalakkan masyarakat menggunakan pelitup muka,” katanya dengan lanjut.

Di dalam ciapan yang sama, beliau juga menegaskan bahawa para pengamal media perlu membuat laporan yang tepat dan tuntas dengan memerhatikan sesuatu kenyataan dengan jujur. Ini supaya bagi menggelakkan berita media masing-masing didakwa tidak mengamalkan responsible journalism atau kewartawanan beretika.

Terdahulu, data rasmi daripada laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan negara mencatat aliran kes peningkatan kes sejak bulan lepas iaitu sekitar 10 peratus.

Bagaimanapun, kerajaan menyatakan ia masih terkawal tetapi rakyat perlu ambil langkah berjaga bagi menggurangkan penularan.