Dalam Episod 2 ini, Bella akan bawa hampa semua ke Restoran Top D Alor Setar dan rasai sendiri keenakan Sotong Buncit Jahat saiz XL dengan pilihan Gulai Ikan Nyoq Nyoq.

Lepas itu, abah Bella bawa pergi ke Warung Tepi Jalan Abang Nasi Tomato dengan pelbagai seleksi lauk yang ada. Meriah betul lauknya. Sampaikan nak makan perlu beratur.

Tak lupa, untuk korang yang dah sampai Alor Setar, mesti ada juga nak rasa pilihan makanan ala ala kafe macam di Lembah Klang kan? Jangan risau. Di Aorora Cafe ada semua pilihan itu.

Nak tahu apa lagi yang kecoh dalam episod 2 kali ini? Mari saksikan Vocket Makan Edisi Kedah bersama Bella dan Abah.