Pelakon jelita Intan Ladyana menarik perhatian netizen selepas suaminya, Harris Alif memuat naik foto percutian mereka dan Intan dilihat mengenakan hijab bersama anak perempuannya, Eviee Khadeeja.
Baca Juga:
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
- Ini Sebab Golongan Muda Semakin Sukar Menabung Untuk Masa Depan
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
Apa yang menarik perhatian orang ramai ialah pelakon Intan Ladyana yang mengenakan hijab sambil mendukung anaknya. Warganet mengatakan cantik dan manis wajah Intan dengan berhijab.
Ramai suka dengan penampilan Intan yang baharu ini dan rata-rata warganet juga mendoakan agar Intan terus berhijab serta beristiqomah dalam kehidupannya. Sementara itu, di dalam ruangan komen juga mengatakan semoga bahagia selalu dan selalu dilindungi Allah.
Manakala, pelakon yang berusia 40 tahun itu masih belum berkongsi fotonya berhijab di media sosial miliknya sehingga ke hari ini.