Ada sebahagian lokasi mempunyai nilai hartanah yang cukup tinggi susulan berada di kawasan perdana dan menjadi rebutan ramai.

Mana tidaknya, dengan harga semasa boleh bertukar menjadi lebih mahal dalam masa beberapa tahun mendatang.

Baru-baru ini, tular satu siaran iklan dari seorang ejen hartanah yang sedia menjual hartanah milik klien yang berharga di luar kotak fikiran kita rakyat biasa.

Tanah Di Mont Kiara Dengan Keluasan 3 Ekar Ditawarkan Pada Harga RM93 Juta
Sumber Gambar: FB Jual Beli Tanah Negeri Selangor

Menerusi iklan tersebut, difahamkan tanah seluas tiga ekar bersamaan 130,680 kaki persegi (kps) di Mont Kiara, yang cukup terkenal sebagai lokasi perdana pembangunan mahu dijual pada harga RM93 juta.

Tanah Di Mont Kiara Dengan Keluasan 3 Ekar Ditawarkan Pada Harga RM93 Juta
Sumber Gambar: FB Jual Beli Tanah Negeri Selangor

Apa yang membuatkan ia berbaloi adalah merupakan status freehold, yang bermakna milik anda sepenuhnya selamanya. Tiada sesiapa boleh ambil balik, dan anda boleh berikan kepada anak anda tanpa perlu meminta izin atau memperbaharui apa-apa.

Bagaimanapun, permukaan tanah ini mempunyai kecerunan 5% yang mana dianggap sebagai sangat  minimum dan landai.

Tanah Di Mont Kiara Dengan Keluasan 3 Ekar Ditawarkan Pada Harga RM93 Juta
Sumber Gambar: FB Jual Beli Tanah Negeri Selangor

Cerun serendah 5% adalah ideal. Ia tidak memerlukan kerja tanah (earthworks) yang terlalu intensif atau mahal. Ia memudahkan pembinaan dan perparitan air secara semula jadi.

Hantaran iklan tanah di Mont Kiara ini sememangnya meraih pelbagai reaksi di dalam kalangan netizen tempatan.

Selain terkejut melihat harga yang dipinta, ramai menyoal bagaimana pula nasib penduduk yang berada di dalam parameter tersebut kerana ia bukanlah tanah kosong.

Pihak ejen memberi respon mereka masih dalam proses negosasi untuk mendapatkan hak milik tanah di situ untuk diberikan hak mutlak sepenuhnya kepada tuan tanah baharu.