Dunia baru saja dikejutkan dengan gempa bumi sekuat 7.8 pada skala richter yang berlaku di Nepal pada sabtu yang lalu. Kesan dari gempa ini sememangnya dahsyat dan setakat ini telah mengorbankan lebih 2500 nyawa yang terdiri dari warga tempatan dan para pendaki dari negara luar. Menurut rekod ini adalah gempa bumi terburuk yang pernah dicatatkan berlaku di Nepal.
Kami bawakan gambar-gambar sebelum gempa berlaku dan kesan kemusnahan selepas gempa bumi ini untuk anda nilaikan sendiri betapa dahsyatnya hentaman gempa bumi di negara yang terkenal dengan Gunung Everest ini.
1. Menara Dharahara – dikenali juga dengan nama Bhimsen Tower merupakan menara setinggi 9 tingkat yang dibina pada tahun 1832 atas permintaan Ratu dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Nepal ketika itu – Bjimsen Thapa. Di bawah adalah gambar menara yang tersergam indah sebelum gempa bumi berlaku.
Kebanyakan mangsa yang terselamat mengalami kecederaan di badan dan di kepala. Disebabkan cuaca buruk, ramai di kalangan mangsa gempa bumi cuba mendapatkan perlindungan di hospital kerana telah kehilangan tempat tinggal. Ini menjadikan suasana di hospital semakin kelam kabut – Samantha Hawley, Wartawan ABC
Dan ini pula selepas gempa bumi.
Menara ini tumbang sewaktu gempa berlaku dan merupakan salah satu dari tapak warisan sejarah UNESCO di Kathmandu, Nepal. Sehingga sabtu lepas, dibimbangi beratus mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
2. Kathmandu Durbar Square – tapak warisan sejarah UNESCO yang sering menjadi tumpuan pelancong ini juga terjejas teruk kerana gempa bumi kali ini. Ia telah dibina pada tahun 1690. Berikut gambar sebelum gempa bumi.
Orang ramai menjerit dan saya turut berlari menyelamatkan diri bersama mereka apabila bangunan di sekeliling mula runtuh debu mula berterbangan di udara – Siobhan Heanue, Wartawan ABC
Lokasi ini musnah ranap selepas gempa.
Kami menyaksikan kemusnahan yang teruk. Hospital terpaksa dikosongkan dan semua pesakit ditempatkan di luar bangunan. Rumah dan bangunan runtuh, jalan raya merekah besar – Caritas Australia program coordinator untuk Nepal Eleanor Trinchera
3. Gempa bumi kali ini juga turut memusnahkan Patan Dubar Square, lokasiĀ yang menempatkan banyak bangunan dan monumen bersejarah Nepal antaranya kuil pagoda dan istana purba.
Ini gambar sebelum gempa bumi.
Patan Dubar Square merupakan satu lagi tapak warisan sejarah UNESCO yang terdapat di Kathmandu, Nepal. Di bawah adalah kerosakan yang berlaku akibat gempa bumi.
Suasana tragik menyelubungi apabila semakin banyak mayat mangsa dikeluarkan dari runtuhan bangunan. Hubungan telekomunikasi terputus di kebanyakan tempat dan bantuan juga sukar disalurkan kepada mangsa kerana jalan perhubungan yang rosak dan bangunan runtuh yang menghalang laluan – kenyataan dikeluarkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Australia
Baca: Pengembara Dari Malaysia Berkongsi Pengalaman Melalui Saat Gempa Bumi Di Nepal
Sehingga kini usaha menyelamat masih dijalankan di lokasi kejadian. Kami doakan rakyat Malaysia yang berada ni sana sentiasa dalam keadaan baik dan dapat kembali semula dengan selamat.
Sumber : abc.net.au