Kecoh baru-baru ini apabila Dato’ Hattan sekolahkan seorang pembaca berita hanya kerana tidak mengetahui mengenai penulis lirik kumpulan XPDC. Gayanya yang dianggap oleh para netizen ini sekaligus telah menjadi buah mulut orang ramai.

Malah, pihak penerbit berita turut memaklumkan telah memberi briefing sebelum membuat temu bual manakala rakan Dato’ Hattan seolah memaklumkan perkara sebaliknya.

Baca Juga:

Terbaharu, pelawak Tauke Jambu tampil mempertahankan Dato’ Hattan dengan memaklumkan beliau tidak bersetuju Dato’ Hattan digesa untuk membuat permohonan maaf seperti yang dimahukan Persatuan Wartawan atas apa yang berlaku.

Menurut Tauke, sekiranya situasi sebaliknya berlaku, tiada wartawan yang memohon maaf apabila tersilap menulis mengenai seseorang artis.

“Saya memang tak berapa setuju dengan cara Dato’ Hattan ‘mengkritik’ wartawan tersebut. Tetapi saya pun tak setuju kalau artis kena mohon maaf kalau buat silap.

“Kalau wartawan buat silap, artis jadi kambing hitam? Apa cerita? Hidup kena adil, cerita buruk artis saja keluar. Apa masyakarat memang suka baca perihal keburukan dari kebaikan? Mana pergi banyak persatuan insan-insan seni?” katanya menerusi hantaran di Instastory semalam.

Dalam pada itu, Tauke akui kagum dengan semangat Persatuan Wartawan yang pantas dalam mempertahankan ahlinya.

“Tetapi artis mostly selfish! Kalau kena, lantak kaulah. Dari sekarang kena fikir geng, semua kena kerjasama. Mereka (wartawan) menulis adakalanya penyebab kepada keruntuhan rumah tangga seseorang, hilang punca rezeki dan macam-macam.

“Kalau nak kenyang, biar sama-sama kenyang. Jangan awak kenyang, orang lain kebulur,” ujarnya.

Sumber: mstar

Tauke berpendapat kemunculan awal penulisan media adalah bagi membela masyarakat daripada ditindas dan dizalimi. Walau bagaimanapun pada masa kini perkara itu tidak berlaku lagi. Sebaliknya menjadi bisnes dan adakalanya fakta dimanipulasi demi mengaut keuntungan.

Sumber