Selain kamera DSLR, orang ramai mula memanfaatkan kamera telefon pintar  yang canggih dalam menjana pendapatan sampingan. Malah, kini permintaan terhadap servis mobilegrapher dilihat sangat memberangsangkan di kalangan masyarakat.

Seorang pemuda berasal Pulau Pinang ini berjaya meraih pendapatan lumayan selepas menawarkan servis videografi perkahwinan sejak tahun lalu dengan berbekalkan dua iPhone miliknya.

Baca Juga:

Sumber Gambar: mstar

Meskipun kelengkapan yang digunakan bukanlah bertaraf profesional namun sentuhan dan kreativitinya cukup memukau.

Difahamkan pemuda bernama Mohamad Azwan Jamaluddin ini pada awalnya sekadar menghasilkan video untuk ahli keluarga sebelum hasil kerjanya meraih perhatian ramai. Kemudian, ia membawa kepada ramai pelanggan baharu buatnya.

@dik_wan96

Dikwan Cuba lagi 🙂 #weddingday #nikah #bajupengantin2023 #mobilevideography

♬ golden hour – JVKE

Bermula dalam bidang fotografi pada tahun lalu dengan menghasilkan video secara percuma untuk adik-beradik dan sepupunya. Beliau kemudian memuat naik video ke platform TikTok yang mana mendorong kepada permintaan daripada orang lain juga.

“Saya hanya buat video menggunakan iPhone 11 dan iPhone 13 Pro Max. Lagi senang rakam dan edit menggunakan telefon. Saya sebenarnya tiada pengalaman, cuma belajar sendiri dan tonton tutorial di YouTube dan TikTok,” ujarnya lagi.

Beliau mengatakan bahawa khidmat kreatifnya menjadi buruan dek kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan.

“Pakej saya berharga RM200 sahaja. Video majlis indoor RM200, majlis outdoor pun RM200. Kalau ambil dua-dua, harganya jadi RM350 sahaja. Alhamdulillah, rasa seronok dapat realisasikan impian penggantin baharu,” kata beliau sewaktu ditemu ramah.

Walaupun harga yang ditawarkan agak murah, beliau memaklumkan tiada siapa yang marah kerana begitulah harga pasaran untuk telefon. Bagi beliau, kualitinya kena dengan harga yang mana boleh bantu pasangan yang tidak bajet tinggi untuk videografi.

Menariknya, beliau kini sudah tidak menang tangan menerima tawaran kerja sehingga jadualnya penuh sepanjang tahun ini. Bahkan, ramai yang sudah membayar deposit sehingga Mei tahun hadapan kerana takut jadualnya penuh.

Sumber Gambar: mstar

Beliau memaklumkan bahawa servis videografi ini hanya dilakukan tiga hari dalam seminggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad. Sementara baki hari lain pula, beliau melakukan jualan baju secara live menerusi TikTok.

Di sebalik pujian pelanggan dan pengikut TikTok, Wan juga mendedahkan beliau dipandang rendah oleh segelintir individu hanya kerana menghasilkan video menggunakan telefon pintar.

Beliau bagaimanapun tidak mengendahkan komentar tersebut kerana berpendapat harga servisnya bakal berubah jika menukar peralatan video yang lebih profesional. Tambahan pula, beliau sedia belajar daripada sebarang komentar kritis untuk penambah baikan.

Di TikTok, ramai pengguna turut memuji hasil video Wan dan menggangap kualiti sesebuah karya itu tidak bergantung kepada peralatan kamera yang mahal semata-mata. Kalau tangan dah berseni, buat apa pun pasti menjadi.

Sumber