Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan satu video dikongsi influencer yang juga seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggunakan kereta Lamboghini pergi mengunjungi ke tempat-tempat mewah.

Gaya hidup mewah influencer tersebut telah menjadi bualan ramai dan dikecam hebat kerana UiTM adalah tempat pengajian untuk golongan kurang berkemampuan bukan sebaliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Susulan dikecam, video tersebut telah dipadamnya dan gadis tersebut, Nadzirah Ridzuan tampil membersihkan nama dirinya serta keluarganya di ‘live’ TikTok.

“Saya buat kolaborasi. Semua yang saya buat adalah benda yang saya nak promote.

“Apa yang saya makan, hotel mana yang saya pergi, barang berjenama yang saya beli, semua itu saya jual,” ujarnya.

“Ya, saya memang pelajar sepenuh masa UiTM. Kereta mewah itu kolaborasi untuk promote syarikat tersebut. Makanan saya pun ditaja, cumanya saya satukan semuanya menjadi video gaya hidup.” tambahnya.