Niat sekumpulan pemuda pergi melakukan aktiviti ‘healing‘ di kawasan hutan terpencil terbantut apabila mereka menyaksikan beberapa buah kereta yang sudah ada di lokasi menjadi mangsa khianat oleh individu yang tidak ketahui.
Menerusi video yang dimuat naik TikTok @achaiii_, terdapat beberapa buah kereta telah ditoreh pada bahagian tayar. Bagaimanapun lokasi kejadian tidak diberitahu di dalam video tersebut.
Baca Juga:
- Individu Didakwa Khianat Letak Tali Tangsi, Leher Pengguna Motosikal Di Lebuhraya SUKE Tercedera
- Angkara Tidak Puas Hati, Pemilik Restoran ‘Khianat’ Buat Aduan Sehingga Pasangan Suami Isteri Diserbu Jabatan Agama
- Cuba Buat Khianat Pecahkan Cermin Kereta, Polis Cari ‘Uncle’ Pegang Batu Bata
@achaiii_ KHIANAT GILA GILA . JANGAN PI DAH TEMPAT NI . harap owner tabah . niat nak tolong tapi kami dah tunggu 2 jam owner tak turun jugak . #fyp #healingtakjadi #healing #khianat
Perbuatan khianat itu telah mengundang pelbagai persoalan di kalangan netizen.
Ramai mendakwa kejadian itu sering terjadi di kawasan tersebut. Bahkan ada lebih teruk, cermin kereta turut dipecahkan dengan sengaja.
Ada juga berpendapat, mungkin orang ramai memasuki ‘tanah bertuan’ dan tuan tanah berbuat sedemikian kerana kurang senang dengan kehadiran pengunjung tanpa izin di kawasan tersebut.




Dalam pada itu netizen meminta orang ramai berhati-hati kerana bimbang taktik tersebut digunakan untuk menyamun ketika mangsa sedang kelam-kabut melihat keadaan kereta yang rosak.