Siapa di sini peminat setia teh ais dan boba? Tealive kini sedang menawarkan promosi untuk pembelian minumannya dengan harga RM2.50 sahaja.
Untuk pengetahuan anda, promosi ini sah ditebus di semua cawangan Tealive kecuali cawangan Tealive di AEON Delica Foodcourts, Maxvalu dan MAPS. Malah, promosi ini tersedia pada 5 Mei hingga 15 Jun 2019 sahaja.
Adalah diingatkan bahawa promosi ini hanya sah untuk minuman Tealive berharga asal RM6.50 setiap satu dan jika harga minuman melebihi RM6.50, pembeli harus membayar harga tambahan. Malah, promosi ini terhad kepada 1 minuman untuk setiap pengguna.
Selain itu, promosi tersebut juga terhad kepada 800,000 cawan dijual sepanjang tempoh promosi di cawangan yang berkenaan dan ia tidak sah untuk menebus mana-mana baucar atau promosi yang lain. Tidak lupa juga, promosi ini hanya sah jika anda menggunakan fungsi “Pay” Touch ‘n Go eWallet sahaja dan jika anda belum memiliki aplikasi tersebut, segeralah download untuk menikmati promosi ini.
BACA: TNG Digital Lancar Program ‘7 Tangkai – Jom Infak’ Di 10 Masjid Sekitar Kuala Lumpur