Siapa sangka satu hari nanti kehadiran AI bakal mengancam kerjaya manusia? Jadi, timbul perdebatan di kalangan orang ramai kerana tidak dapat menerima idea AI digunakan secara meluas di dalam kehidupan seharian.

Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu bimbang dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan kerana ia tidak akan mengambil alih peranan manusia dalam sektor pekerjaan di negara ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Chang Lih Kang selaku Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, teknologi AI sebenarnya akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan baharu yang memerlukan kemahiran tinggi dan terkini.

Dengan kehadiran AI, ia bakal memerlukan pekerja berkemahiran tinggi kerana perlu mengguruskan sistem penyelanggaraan AI, IoT dan sebagainya yang kompleks.

Chang berkata negara pada masa ini memberi tumpuan kepada sukatan pelajaran yang baharu merangkumi teknologi AI, pengekodan dan robotik.

Sementara, MOSTI sedang bekerjsama dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Sumber Manusia untuk menubuhkan satu jawatankuasa bersama bagi mempromosikan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Hal yang demikian MOSTI memberi tumpuan untuk memupuk minat terhadap STEM dalam kalangan pelajar bagi melahirkan generasi akan datang sebagai pekerja berkemahiran tinggi.

Sumber