Seorang wanita di China dimasukkan ke hospital selepas didakwa taksub terhadap teman lelakinya.

Doktor percaya bahawa wanita itu, dikenali sebagai Xiaoyu, mungkin mengalami gangguan personaliti.

Dipetik dari South China Morning Post, tingkah laku Xiaoyu bermula pada tahun pertamanya di kolej.

Dia dilaporkan menjadi terlalu bergantung kepada teman lelakinya.

Xiaoyu didakwa mahukan komunikasi yang berterusan dan maklumat terkini tentang keberadaannya teman lelakinya.

Tingkah laku ini menyebabkan mereka selalu bergaduh dan teman lelakinya berasa tertekan.

Keadaan bertambah buruk apabila Xiaoyu menelefon teman lelakinya lebih daripada 100 kali sehari, tetapi tidak dijawab.

Dia sangat kecewa dan mula memecah barangan di rumah.

Bimbang akan keselamatannya, teman lelakinya itu mendapatkan bantuan pihak polis.

Semasa polis sampai, Xiaoyu mengancam untuk melompat dari balkoni.

Para pegawai segera membawa Xiaoyu ke hospital.

Di sana, dia disahkan menghidap gangguan personaliti sempadan atau ‘otak cinta’.

Walaupun bukan istilah perubatan, ‘otak cinta’ digunakan dalam bahasa sehari-hari untuk menggambarkan sejenis tingkah laku obsesif dalam hubungan percintaan.

Seorang doktor di hospital tempat Xiaoyu dirawat, Dr Du Na, menjelaskan keadaan yang dialami pesakitnya.

Gangguan personaliti kadangkala boleh berlaku bersama-sama dengan keadaan lain, seperti kebimbangan, kemurungan dan gangguan bipolar.

Dr Du mendedahkan bahawa keadaan Xiaoyu mungkin berkaitan dengan pengalaman kanak-kanak yang tidak sihat.

Setakat ini, Du tidak mendedahkan punca penyakit Xiaoyu. Bagaimanapun, katanya, ia sering berlaku kepada orang yang tidak mempunyai hubungan yang sihat dengan ibu bapa semasa kecil.