Pengurus Manchester United, Erik ten Hag menganggap rakan senegaranya yang akan bersama Liverpool, Arne Slot bakal menikmati keadaan lebih baik berbanding dirinya.
Nasib ten Hag bersama Manchester United seperti berada di hujung tanduk meskipun beliau membawa kelab tersebut menjuarai Piala FA musim ini.
Baca Juga:
- Pires: Mbappe Patut Ke Liverpool Bukannya Real Madrid
- Bagaimana ‘The Laptop Guys’ Bantu Liverpool Tamatkan Penantian 30 Tahun
- Masjid Di Liverpool Tawar Gaji Setinggi RM223,798 Setahun Bagi Jawatan Imam
Malah pemilik kelab, Sir Jimm Ratcliffe turut dikatakan lebih berminat untuk mencari pengurus baharu.
Mengulas mengenai pelantikan Slot, ten Hag melihat pengurus baharu Liverpool itu lebih bernasib baik berikutan kerja hebat ditinggalkan Jurgen Klopp sepanjang bersama The Reds.
“Tahun lalu mereka (merujuk kepada Liverpool) mengalami proses transisi di pasukan tersebut. Pemain-pemain seperti Fabinho dan Jordan Henderson telah pergi meninggalkan pasukan.”
“Musim lalu di Liverpool, mereka juga telah menghadapi tahun yang sama seperti kami alami sekarang, dengan banyak pemain mengalami kecederaan.”
“Jurgen Klopp dan Pep Lijnders (penolong pengurus) telah meninggalkan asas yang cukup kuat buat Liverpool.”
“Dia (Slot) berada dalam posisi yang lebih baik jika dibandingkan saat saya mula datang ke Manchester United dari Belanda.”
“Baik daripada segi struktur kelab atau keseimbangan dalam pemilihan pemain. Ia bagus buat dia dan Arne Slot juga sesuai dengan falsafah diterapkan Liverpool,” ujar ten Hag menurut sumber laporan Goal Indonesia.
Berusia 45 tahun, Arne Slot sebelum ini membimbing Feyenoord selama tiga musim dan berjaya membawa kelab tersebut muncul juara Liga Eredivisie 2022/23.