Pada hari semalam tular berita mengenai Tesla tidak jadi membuka kilang pengeluaran kereta elektrik di Asia Tenggara, termasuklah di Malaysia.

Berita itu membuatkan orang ramai tertanya-tanya apakah yang terjadi dengan perjanjian Elon Musk dengan kerajaan Malaysia sebelum ini.

Baca Juga:

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz berkata beliau tidak mengetahui apa-apa dan enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu ketika ditemui di satu majlis lawatan sebuah kilang di Kulim tadi.

“Saya tidak tahu. Anda tanya Tesla. Saya tidak bekerja dengan Tesla, itu jawapan ringkas yang diberikan apabila ditanya berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, sumber kerajaan Thailand mendedahkan kepada portal The Nation bahawa Tesla telah membatalkan rancangan untuk membina sebuah kilang kenderaan elektrik (EV) di rantau Asia Tenggara, sama ada di Thailand, Malaysia atau Indonesia.

Difahamkan Tesla mahu menumpukan pada pasaran China, Amerika dan Jerman buat masa ini.

Menurut sumber kerajaan Thailand itu lagi,  pasukan eksekutif Tesla yang mengetuai usaha syarikat itu ke Asia Tenggara tahun lepas telah dibubarkan.