Kejohanan badminton Terbuka Hylo 2025 akan berlangsung pada petang ini yang dimulakan dengan aksi kelayakan.
Kejohanan berstatus Super 500 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu bakal menampilkan barisan pemain terbaik dunia seperti Jonathan Cristie, Chou Tien Chen, Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta naib juara Terbuka Perancis, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri.
Baca Juga:
- Senarai Pemain Badminton Malaysia Sertai Terbuka Hylo 2025

- Sorakan Peminat Badminton Malaysia Di Axiata Arena Paling Riuh

- VIDEO: Perkembangan Terkini Wong Tat Meng Selepas Alami Kemalangan Di Australia

Walaupun tidak setaraf saingan Super 1000 dan Super 750, namun kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai hampir RM2 juta.
Hadiah Terbuka Hylo 2025
Hadiah Keseluruhan
$475,000 (RM1,997,075.74)
Tewas di pusingan kedua (Round of 16)
Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $1,662.50 (RM6,990.08).
Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $1,781.25 (RM7,489.37).
Tewas di suku akhir
Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $2,850.00 (RM11,982.15) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $3,443.75 (RM14,478.43).
Tewas di separuh akhir
Bagi pemain yang terlepas peluang untuk ke perlawanan akhir dalam acara perseorangan lelaki dan wanita, mereka menerima wang tunai bernilai $6,887.50 (RM28,958.33).
Pasangan beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal menerima hadiah bernilai $6,650.00 (RM27,960.61).
Naib Juara
Bagi pemain yang tewas pada perlawanan akhir dalam semua acara dipertandingkan, mereka menerima wang tunai bernilai $18,050 (RM75,888.72).
Juara
Habuan lumayan diterima juara perseorangan lelaki dan wanita Malaysia Masters 2025 apabila mereka akan membawa pulang $35,625.00 (RM149,780.38) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $37,525 (RM157,768.67).
Hadiah wang tertakluk kepada cukai Jerman. Oleh itu, potongan sebanyak 15% dan cukai solidariti Jerman sebanyak 5.5% ke atas jumlah potongan tersebut akan ditolak daripada jumlah wang diterima.