Pemain badminton negara mengalihkan tumpuan memburu kejayaan dalam Kejohanan Terbuka Hylo 2025 yang bakal berlangsung di An der Saarlandhalle 1, Saarbrucken, Jerman bermula esok.
Kejohanan berstatus Super 500 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu menyaksikan Malaysia menghantar 15 wakil termasuk dua daripadanya perlu melalui pusingan kelayakan.
Baca Juga:
- VIDEO: Perkembangan Terkini Wong Tat Meng Selepas Alami Kemalangan Di Australia

- Salim Samion, Jurulatih Kelahiran Malaysia Kini Bimbing Skuad Perseorangan Thailand

- Saranan Mendiang Bapa Rintis Karier Gemilang Rexy Mainaky Takluk Dunia Badminton

Seperti kebiasaan, sandaran bagi acara perseorangan lelaki terus diletakkan di bahu Leong Jun Hao ekoran kecederaan dialami Lee Zii Jia.
Manakala dalam acara beregu lelaki, enam pasangan utama negara diketuai Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal menggalas tanggungjawab dan diletakkan sebagai pilihan utama kejohanan.
Berikut merupakan senarai penuh pemain Malaysia yang akan beraksi dalam Terbuka Hylo 2025:
Wakil Malaysia Di Terbuka Hylo 2025
Perseorangan Lelaki
1) Leong Jun Hao
2) Kok Jing Hong – Kelayakan
3) Tan Jia Jie – Kelayakan
Perseorangan Wanita
4) K. Letshanaa
5) S. Kisona
Beregu Lelaki
6) Aaron Chia-Soh Wooi Yik
7) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
9) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King
10) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong
11) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
Beregu Wanita
12) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing
13) Ong Xin Yee-Carmen Ting
Beregu Campuran
14) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
15) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien