Saingan badminton berprestij dengan status Super 1000 iaitu kejohanan Terbuka Indonesia 2025 akan membuka tirainya pada hari ini.
Kejohanan yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta itu menarik minat barisan pemain terbaik dunia dalam usaha memburu kejuaraan.
Baca Juga:
- Ini Jumlah Hadiah Wang Tunai Menanti Pemain Di BWF World Tour Finals 2024
- Terbuka Singapura 2025: Ini Jumlah Wang Bakal Diraih Pemain
- Malaysia Masters 2025: Ini Jumlah Wang Bakal Diraih Pemain
Ia merupakan kejohanan ketiga berstatus Super 1000 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas Terbuka Malaysia pada Januari dan All England, Mac lalu.
Seperti biasa dengan status tersebut, Terbuka Indonesia 2025 pastinya menawarkan mata ranking tinggi dan hadiah wang tunai yang cukup lumayan.

Malah, wang tunai tidak hanya diberikan kepada para pemenang tetapi semua pemain yang menyertai kejohanan Terbuka Indonesia akan mendapat ‘saguhati’.
Hadiah Keseluruhan Terbuka Indonesia 2025
$1,450,000 (RM6,149,230.27)
Tewas di pusingan pertama
Pemain yang perjalanannya terhenti seawal pusingan pertama (Pusingan 32) akan menerima $1,450 (kira-kira RM6,148.82) bagi semua acara dipertandingkan.
Tewas di pusingan kedua (Round of 16)
Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $4,350 (RM18,448.14).
Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $4,712.50 (RM19,985.49).
Tewas di suku akhir
Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $7,975.00 (RM33,821.59) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $9,062.50 (RM38,431.55).

Tewas di separuh akhir
Bagi pemain yang terlepas peluang untuk ke perlawanan akhir dalam semua acara dipertandingkan, mereka menerima wang tunai bernilai $20,300 (RM86,086.68).
Naib Juara
Naib juara bagi perseorangan lelaki dan wanita, mereka akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $49,300 (RM209,066.48 ).
Bagi kategori beregu lelaki, wanita dan campuran, mereka bakal menerima $50,750 (RM215,215.49).
Juara
Habuan yang cukup lumayan diterima juara perseorangan lelaki dan wanita apabila mereka akan membawa pulang $101,500 (RM430,417.54) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $107,300 (RM455,012.83).