Barisan pemain badminton seluruh dunia akan kembali sibuk dengan kejohanan di Eropah yang bakal bermula dengan saingan Terbuka Jerman 2026.

Kejohanan berstatus Super 300 itu akan diadakan di Westenergie Sporthalle, Mülheim an der Ruhr, Jerman bermula 24 Februari hingga 1 Mac ini.

Kejohanan yang akan menampilkan barisan pemain-pemain terbaik dunia seperti Li Shi Feng, Lu Guang Zu, Christo Popov, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Liang Wei Keng-Wang Chang dan ramai lagi yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai $250,000 (RM972,793.47).

Berikut merupakan pecahan hadiah wang tunai diberikan pemain-pemain yang menyertai Terbuka Jerman 2026.

Badminton Malaysia
Kredit Foto: Chong Voon Chung / Xinhua via AFP)

Hadiah Terbuka Jerman 2026

Tewas di pusingan kedua (Round of 16)

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $875 (RM3,404.72).

Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $937.50 (RM3,647.95).

Tewas di suku akhir

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $1,500 (RM5,836.72) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $1,812.50 (RM7,052.61).

Tewas di separuh akhir

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di separuh akhir akan pulang dengan $3,625 (RM14,105.22).

Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $3,500 (RM13,619.38).

Pemain Pilihan
Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Naib Juara

Bagi pemain yang muncul naib juara dalam semua acara dipertandingkan, mereka menerima wang tunai bernilai $9,500 (RM36,966.88).

Juara

Habuan yang lebih lumayan diterima juara perseorangan lelaki dan wanita apabila mereka akan membawa pulang $18,750 (RM72,963.58) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $19,750 (RM76,854.97).

Cukai 

*Wang hadiah tertakluk kepada cukai ditetapkan kerajaan Jerman. Oleh itu, levi 15% dan Cukai Solidariti Jerman 5.5% berikutnya ke atas jumlah levi, akan ditolak daripada jumlah wang dimenangi.