Selepas berehat hampir sebulan, sebahagian pemain badminton Malaysia terbang ke Mulheim untuk menghadapi kejohanan Terbuka Jerman 2026.

Terbuka Jerman merupakan kejohanan berstatus Super 300 dalam kalendar Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) dan akan bermula 24 Februari nanti.

Malah, ia boleh diibaratkan sebagai medan pemanas badan sebelum menghadapi kejohanan All England, dua hari selepas berakhirnya kejohanan yang berlangsung di Westenergie Sporthalle ini.

Malaysia
Wan Arif Junaidi-Yap Roy King. Kredit Foto: NSTP/ASYRAF HAMZAH

Lee Zii Jia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, Pearly Tan-M. Thinaah dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tidak menyertai kejohanan ini.

Sehubungan dengan itu, kem negara menyandarkan harapan kepada Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai untuk merebut kejuaraan.

Berikut merupakan senarai lengkap barisan pemain badminton Malaysia yang menyertai Terbuka Jerman 2026:

Ranking Dunia
Wong Ling Ching. Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Pemain Badminton Malaysia Di Terbuka Jerman 2026

Perseorangan Lelaki

1) Leong Jun Hao

2) Justin Hoh

Perseorangan Wanita

3) K. Letshanaa

4) Wong Ling Ching

Beregu LelakiĀ 

5) Aaron Chia-Soh Wooi Yik

6) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

7) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King

8) Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri

9) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi

Beregu Campuran

10) Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai

11) Jimmy Wong-Lai Pei Jing