Kejohanan Indonesia Masters 2026 bakal menjadi tumpuan utama peminat badminton negara selepas berakhirnya Terbuka India pada Ahad lalu.

Wakil negara akan terus berusaha keras untuk memburu kejuaraan sulung selepas Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul naib juara Terbuka Malaysia dan kemudiannya tewas di separuh akhir Terbuka India.

Cabaran Pearly Tan-M. Thinaah di New Delhi juga terkandas di separuh akhir selepas dikecewakan pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto.

Kejohanan berstatus Super 500 yang akan bermula esok di Istora Senayan itu menyaksikan kem Malaysia mempunyai 23 wakil dengan lima daripadanya dalam acara perseorangan manakala 18 lagi bagi sektor beregu.

Edisi lalu menyaksikan Man Wei Chong-Tee Kai Wun muncul juara Indonesia Masters selepas menundukkan pasangan tuan rumah, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 21-11, 21-19.

Berikut merupakan senarai penuh pemain Malaysia yang akan beraksi dalam Indonesia Masters 2026:

Indonesia Masters 2026

Perseorangan LelakiĀ 

1) Leong Jun Hao

2) Justin Hoh

3) Lee Zii Jia

Perseorangan Wanita

4) K. Letshanaa

5) Wong Ling Ching – Kelayakan

Beregu Lelaki

6) Aaron Chia-Soh Wooi Yik

7) Man Wei Chong-Tee Kai Wun

8) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

9) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King

10) Choong Hon Jian-Haikal Nazri

11) Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong

12) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi

13) Goh V Shem-Choi Sol Gyu (Korea Selatan)

14) Chia Weijie-Lwi Sheng Hao

15) Kang Khai Xing-Aaron Tai

Beregu Wanita

16) Pearly Tan-M. Thinaah

17) Ong Xin Yee-Carmen Ting

18) Cheng Su Hui-Tan Zhing Yi – Kelayakan

19) Chong Jie Yu-Vanessa Ng – Kelayakan

Beregu Campuran

20) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei

21) Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai

22) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin

23) Jimmy Wong-Lai Pei Jing