Kejohanan Badminton Terbuka Korea 2025 yang sudah bermula pagi tadi dengan aksi kelayakan menjadi pembuka tirai menyaksikan Malaysia menghantar 15 wakil untuk memburu kejuaraan.

Selepas mengharungi beberapa minggu yang padat, ramai pemain utama direhatkan dengan sandaran ketika ini disandarkan kepada Leong Jun Hao bersama-sama Wan Arif Junaidi-Yap Roy King serta dua gandingan beregu campuran iaitu Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai dan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin.

Baca Juga:

Diadakan di Suwon Gymnasium, Terbuka Korea 2025 merupakan kejohanan berstatus Super 500 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Walaupun berstatus Super 500, namun kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai hampir RM2 juta.

Hadiah Keseluruhan Terbuka Korea 2025

$750,000 (RM1,993,907.25)

Tewas di pusingan kedua (Round of 16)

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $1,662.50(RM6,979.01).

Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $1,781.25 (RM7,477.51).

Tewas di suku akhir

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $2,850 (RM11,964.07) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $3,443.75 (RM14,456.58).

Tewas di separuh akhir

Bagi pemain yang terlepas peluang untuk ke perlawanan akhir dalam acara perseorangan lelaki dan wanita, mereka menerima wang tunai bernilai $6,887.5 (RM28,913.53).

Pasangan beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal menerima hadiah bernilai $6,650 (RM27,916.51).

Naib Juara

Bagi pemain yang tewas pada perlawanan akhir dalam semua acara dipertandingkan, mereka menerima wang tunai bernilai $18,050 (RM75,775.39).

Juara

Habuan lumayan diterima juara perseorangan lelaki dan wanita Malaysia Masters 2025 apabila mereka akan membawa pulang $35,625 (RM149,545.20) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $37,525 (RM157,515.43).

*22% cukai dikenakan terhadap hadiah yang dimenangi pemain.