Berakhirnya China Masters, pencinta badminton tanah air bakal disajikan pula dengan aksi menarik dalam Kejohanan Terbuka Korea 2025 yang akan berlangsung 23 hingga 28 September.
Bakal diadakan di Suwon Gymnasium, Terbuka Korea merupakan kejohanan berstatus Super 500 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Baca Juga:
- Ini Ranking Dunia Terkini Pemain Badminton Malaysia (Minggu Ke-38, 16 September 2025)

- Peminat Mahu Rexy Mainaky Dikurniakan Gelaran Datuk Atas Sumbangan Besar Buat Badminton Negara

- Separuh Musim 2025: Prestasi Kem Badminton Negara Di Pentas Dunia

Kem Malaysia yang meraih naib juara dalam acara beregu campuran menerusi Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters bakal mempertaruhkan 15 wakil dalam kejohanan ini.
Harapan disandarkan kepada Leong Jun Hao bersama-sama Wan Arif Junaidi-Yap Roy King serta dua gandingan beregu campuran iaitu Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai dan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin.
Berikut merupakan senarai penuh pemain negara yang menyertai Kejohanan Badminton Terbuka Korea 2025:
Terbuka Korea 2025
Perseorangan Lelaki
1) Leong Jun Hao
2) Justin Hoh
3) Teh Jing Hong – Kelayakan
Perseorangan Wanita
4) K. Letshanaa
5) Goh Jin Wei
Beregu Lelaki
6) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King
7) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong
8) Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri
9) Low Hang Yee-Ng Eng Cheong
10) Lau Yi Sheng-Lim Tze Jian – Kelayakan
Beregu Wanita
11) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing
Beregu Campuran
12) Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai
13) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin
14) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien
15) Loo Bing Kun-Go Pei Kee – Kelayakan