Kejohanan Terbuka Macau 2025 akan bermula pagi esok dengan Malaysia menghantar skuad seramai 27 wakil untuk memburu kejuaraan.
Terbuka Macau yang bakal diadakan di Macao East Asian Games Dome itu merupakan kejohanan berstatus Super 300 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Baca Juga:
- Senarai Pemain Badminton Malaysia Sertai Terbuka Macau 2025

- Saranan Mendiang Bapa Rintis Karier Gemilang Rexy Mainaky Takluk Dunia Badminton

- Senarai Terkini 2025: Jurulatih Badminton Malaysia Yang Sedang Berbakti Di Luar Negara

Walaupun tidak gah seperti kejohanan Super 500, 750 dan 1000, Terbuka Macau 2025 mampu menjadi medan terbaik terutamanya buat pemain-pemain di ranking lebih rendah untuk membuktikan kemampuan.
Ia berikutan sebahagian besar di ranking terbaik dunia tidak turun beraksi selepas mengerah kudrat di saingan Terbuka Jepun dan Terbuka China tempoh hari.

Hadiah Keseluruhan Terbuka Macau 2025
$370,000 (RM1,565,274.80)
Tewas di pusingan kedua (Round of 16)
Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $1,295 (RM5,478.63).
Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $1,387.50 (RM5,870.51).
Tewas di suku akhir
Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $2,220 (RM9,392.82) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $2,682.50 (RM11,347.25).

Tewas di separuh akhir
Bagi pemain yang terlepas peluang untuk ke perlawanan akhir dalam perseorangan lelaki dan wanita akan menerima wang tunai bernilai $5,365 (RM22,694.32).
Manakala bagi beregu lelaki,wanita dan campuran pula akan menerima $5,180 (RM21,911.76).
Naib Juara
Naib juara bagi kesemua kategori akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $14,060 (RM59,469.72.
Juara
Habuan yang lebih tinggi pastinya diterima juara apabila perseorangan lelaki dan wanita bakal membawa pulang $27,750 (RM117,373.02) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $29,230 (RM123,630.8).