Kejohanan Terbuka Macau 2025 bakal bermula esok selepas kempen badminton Malaysia dalam Terbuka China berakhir dengan kejayaan Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih tempat kedua dan Pearly Tan-M. Thinaah ke separuh akhir.
Kejohanan yang bakal berlangsung di Macao East Asian Games Dome itu menyaksikan pemain-pemain bintang memilih untuk tidak menyertai saingan ini.
Baca Juga:
- Senarai Pemain Badminton Malaysia Sertai Terbuka China 2025

- Senarai Pemain Badminton Malaysia Sertai Terbuka Jepun 2025

Sebaliknya ia memberikan ruang kepada sebahagian besar pemain sedang meningkat naik untuk memburu kejuaraan.
Walaupun begitu, Terbuka Macau merupakan kejohanan berstatus Super 300 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Pada kejohanan ini, skuad badminton Malaysia menghantar 27 wakil dimana enam daripadanya perlu menghadapi peringkat kelayakan terlebih dahulu.
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dilihat sebagai calon untuk menghadirkan keputusan positif apabila mereka diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan bagi beregu campuran.
Berikut merupakan senarai penuh barisan pemain badminton Malaysia yang menyertai kejohanan Terbuka Macau 2025:

Pemain Badminton Malaysia Di Terbuka Macau 2025
Perseorangan Lelaki
1) Aidil Sholeh Ali Sadikin
2) Justin Hoh
3) Cheam June Wei
4) Tan Jia Jie – Kelayakan
Perseorangan Wanita
5) K. Letshanaa
6) Goh Jin Wei
Beregu Lelaki
7) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King
8) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong
9) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
10) Kang Khai Xing-Aaron Tai
11) Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri
12) Low Hang Yee-Ng Eng Cheong
13) Bryan Jeremy Goonting-Fazriq Mohamad Razif
14) Chia Weijie-Lwi Sheng Hao
15) Goh Boon Zhe-Wong Vin Sean – Kelayakan
16) Lau Yi Sheng-Lim Tze Jian – Kelayakan
Beregu Wanita
17) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing
18) Ong Xin Yee-Carmen Ting
19) Low Zi Yu-Dania Sofea – Kelayakan
20) Cheng Su Hui-Tan Zhing Yi – Kelayakan
Beregu Campuran
21) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
22) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin
23) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien
24) Liew Xun-Ho Lo Ee
25) Loo Bing Kun-Go Pei Kee
26) Jimmy Wong-Lai Pei Jing
27) Wee Yee Hern-Chan Wen Tse – Kelayakan