Berakhirnya cabaran di Jepun, kem badminton Malaysia akan terbang pula ke Changzhou untuk menghadapi Kejohanan Badminton Terbuka China 2025.

Kejohanan ini menyaksikan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bakal turun selaku juara bertahan selepas menundukkan pasangan tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu di perlawanan akhir.

Baca Juga:

Terbuka China yang bakal diadakan di Changzou Olympic Sports Centre itu merupakan kejohanan berstatus Super 1000 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Badminton Malaysia
Kredit Foto: BAY ISMOYO / AFP

Ia merupakan kejohanan keempat berstatus Super 1000 dalam kalendar BWF selepas Terbuka Malaysia pada Januari dan All England, Mac dan Terbuka Indonesia yang berlangsung awal Jun lalu.

Dengan reputasi pertandingan, semua negara menghantar barisan pemain terkuat dalam memburu kejuaraan dan skuad badminton Malaysia juga tidak terkecuali.

Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia bagaimanapun terpaksa sekali lagi menarik diri selepas kecederaan dialaminya ketika All England tempoh hari masih belum pulih sepenuhnya.

Berikut merupakan senarai penuh barisan pemain badminton Malaysia yang menyertai kejohanan Terbuka China 2025:

Senarai Pemain Badminton Malaysia Sertai Terbuka China 2025
Leong Jun Hao jadi wakil tunggal dalam perseorangan lelaki. Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Pemain Badminton Malaysia Di Terbuka China 2025

Perseorangan Lelaki

1) Leong Jun Hao

Beregu LelakiĀ 

2) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

3) Aaron Chia-Soh Wooi Yik

4) Man Wei Chong-Tee Kai Wun

5) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King

6) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi

7) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong

8) Choong Hon Jian-Haikal Nazri

Beregu Wanita

9) Pearly Tan-M. Thinaah

10) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing

11) Ong Xin Yee-Carmen Ting

Beregu CampuranĀ 

12) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei

13) Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai

14) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin

15) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien