Sebaik sahaja tamat saingan Malaysia Masters, tumpuan barisan pemain badminton dunia kini beralih ke Kejohanan Terbuka Singapura 2025.

Kejohanan berstatus Super 750 itu akan berlangsung di Singapore Indoor Stadium, Kallang bermula 27 Mei hingga 1 Jun nanti yang menampilkan barisan pemain terbaik dunia.

Baca Juga:

Selain itu, kejohanan ini turut menawarkan mata ranking tinggi dan hadiah wang tunai yang cukup lumayan untuk dibawa pulang para pemain.

Terbuka Singapura 2025
Aaron dan Wooi Yik terus jadi sandaran negara. Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Seperti kebiasaan, wang tunai tidak hanya diberikan kepada para pemenang tetapi semua pemain yang menyertai kejohanan Terbuka Singapura 2025 akan mendapat ‘saguhati’.

Hadiah Keseluruhan Terbuka Singapura 2025

$1 juta (RM4.2 Juta)

Tewas di pusingan pertama

Pemain yang perjalanannya terhenti seawal pusingan pertama (Pusingan 32) akan menerima $1,000 (kira-kira RM4,230.51) bagi semua acara dipertandingkan.

Tewas di pusingan kedua (Round of 16)

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $3,000 (RM12,691.53).

Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $3,250 (RM13,749.16).

Terbuka Singapura 2025
Kunlavut Vitidsard dan Loh Kean Yew akan turut beraksi dalam Terbuka Singapura 2025. Kredit Foto: Thailand Badminton Association

Tewas di suku akhir

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $5,500 (RM23,267.81) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $6,250 (RM26,440.69).

Tewas di separuh akhir

Bagi pemain yang terlepas peluang untuk ke perlawanan akhir dalam semua acara dipertandingkan, mereka menerima wang tunai bernilai $14,000 (RM59,227.15).

Naib Juara

Naib juara bagi perseorangan lelaki dan wanita, mereka akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $34,000 (RM143,837.38).

Bagi kategori beregu lelaki, wanita dan campuran, mereka bakal menerima $35,000 (RM148,067.89).

Juara

Habuan yang cukup lumayan diterima juara perseorangan lelaki dan wanita apabila mereka akan membawa pulang $70,000 (RM296,135.78) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $74,000 (RM313,057.82).