Kem negara cemerlang pada aksi pusingan 16 Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2025 selepas enam daripada lapan wakilnya mara ke suku akhir.
Ia memberikan gambaran jelas perjalanan yang cukup memberangsangkan buat kem negara di Singapore Indoor Stadium, Kallang.
Baca Juga:
- Terbuka Singapura 2025: Senarai Wakil Malaysia Mara Ke Pusingan 16
- Terbuka Singapura 2025: Ini Jumlah Wang Bakal Diraih Pemain
- Senarai Pemain Malaysia Sertai Terbuka Singapura 2025
Pasangan ranking nombor satu dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin tidak terlalu berdepan masalah untuk menundukkan rakan senegara, Wan Arif Junaidi-Yap Roy King 21-12, 21-11.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya pula menamatkan rentetan lapan kekalahan berturut-turut dengan menundukkan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-18, 24-26, 21-12.
Man Wei Chong-Tee Kai Wun terus bernafsu untuk menambah gelaran selepas menewaskan pasangan China, Huang Di-Liu Yang 21-16, 21-16.
Dalam acara beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah mempamerkan aksi bertenaga untuk mengenepikan cabaran hebat Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dari Jepun dengan kemenangn 25-23, 21-18.
Sementara itu pemain perseorangan lelaki, Leong Jun Hao terus menjadi masalah buat Jonatan Christie apabila beliau sekali lagi menewaskan jaguh Indonesia tersebut dengan mata 21-16, 21-19.
Sektor beregu campuran juga tidak mahu ketinggalan apabila Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang mengatasi pasangan hebat dari China, Fang Yan Zhe-Wei Ya Xin 21-11, 21-19.
Bagaimanapun, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir selepas tewas ‘straight set’ 18-21, 18-21 ditangan pasangan Chinese Taipei, Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan.
Wakil Malaysia Ke Suku Akhir Terbuka Singapura 2025
Perseorangan Lelaki
1) Leong Jun Hao
Beregu Lelaki
2) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
3) Aaron Chia-Soh Wooi Yik
4) Man Wei Chong-Tee Kai Wun
Beregu Wanita
5) Pearly Tan-M. Thinaah
Beregu Campuran
6) Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai