Seperti ramai sedia maklum, pada ketika ini sedang berlakunya peperangan di Gaza melibatkan penduduk Gaza dengan rejim Zionis.

Peperangan yang membuatkan ribuan nyawa kehilangan dalam tempoh yang singkat ini secara tidak langsung telah mendapat perhatian seluruh dunia yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai situasi yang berlaku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih menyukarkan orang ramai apabila beberapa platform media sosial dilaporkan menyekat kandungan melibatkan peperangan tersebut kerana melibatkan keganasan serta individu di bawah umur.

Terbaharu, Telegram yang sebelum ini turut mempunyai channel khas Hamas dalam memaklumkan berita terbaru mereka turut menerima sekatan dan desakan daripada pihak Google.

Difahamkan sekatan ini membuatkan pengguna telefon pintar Android gagal untuk mengakses channel Hamas ini berikutan undang-undang yang terkandung dalam Google Play.

CEO Telegram, Pavel Durov. Sumber: Bitcoin Wiki

Sementara itu, CEO Telegram, Pavel Durov yang merupakan warganegara Rusia terpaksa akur dengan desakan yang dibuat meskipun beliau sebelum ini tidak mahu menyekatnya bagi memastikan Telegram sebagai informasi yang disalurkan.

Pihak aplikasi ini turut mendakwa mereka tidak bersubahat sebagai sebarang propaganda mana-mana pihak sebaliknya orang ramai yang berhak memilih channel yang mahu diikuti.

Sekatan yang dibuat menerusi channel Hamas ini turut membuatkan channel yang mempunyai 768,000 pengikut ini gagal diakses oleh sesetengah pihak. Channel ini yang dilaporkan menjadi antara panduan bagi penduduk tempatan untuk mengetahui lokasi yang bakal dibedil pihak musuh dan sebagainya.