Saham syarikat Apple berjaya melakar sejarah pada akhir Julai lalu apabila berjaya mencapai paras harga tertinggi dengan nilai $195.83 (~RM915.70) bagi seunit saham.

Walau bagaimanapun, rekod tersebut tidak dapat dikekalkan lama oleh pihak Apple setelah China baru-baru ini mengeluarkan arahan terbaru yang mengancam syarikat dari Amerika Syarikat ini.

Baca Juga:

Dilaporkan China telah mengharamkan penjawat awam di China untuk menggunakan iPhone selaku produk daripada Apple sewaktu kerja. Hal ini sekaligus telah memberi kesan kepada syarikat Apple yang turut mempunyai jumlah pengguna yang tinggi di negara tersebut.

Arahan kepada penjawat awam di China ini telah mengakibatkan nilai syarikat Apple susut sebanyak $200 bilion (RM935 bilion) semenjak dua hari ini manakala saham syarikat Apple turut susut sebanyak 3.4%.

Difahamkan langkah yang dilakukan pihak China ini dibuat dalam memaklumkan pengurangan kebergantungan kepada produk dari negara luar dan juga sebagai tindakan balas terhadap sekatan yang diterima syarikat teknologi China seperti Huawei dan juga TikTok.

Sementara itu, kilang pemasangan iPhone di China masih lagi diteruskan dalam menghasilkan produk-produk terbaru Apple yang bakal dilancarkan tidak lama lagi termasuk siri iPhone 15.