Bintang Thailand, Chanathip Songkrasin hampir mengalami kecederaan serius ketika perlawanan akhir King’s Cup 2025 menentang Iraq baru-baru ini.

Dalam aksi tersebut, pemain Iraq iaitu Mohanad Ali melakukan terjahan keras ke atas Chanathip yang mana hampir mematahkan kaki kapten Thailand itu.

Baca Juga:

Terjahan keras itu sekaligus mencetuskan pergaduhan antara kem kedua-dua pasukan yang mana turut menyaksikan Mohanad dilayangkan kad merah.

Chanathip Songkrasin
Chanathip

Chanathip Songkrasin Gagal Bantu Thailand Muncul Juara

Sebelum insiden tersebut, Mohanad membuka tirai jaringan pada minit ke-75 sekaligus meletakkan Iraq di hadapan.

Kesukaran mengawal Chanathip Songkrasin membuatkan Mohanad hilang sabar dan kemudiannya mengasari pemain itu.

Chanathip Songkrasin
Chanathip

Iraq berjaya mengekalkan kelebihan satu gol sekaligus muncul juara bagi edisi kali ini. Ini merupakan kejuaraan kedua bagi pasukan itu dimana mereka turut muncul juara pada edisi 2023.

Dalam playoff tempat ketiga, Hong Kong, China mengambil kesempatan daripada Fiji turun kepada sembilan pemain selepas hanya 22 minit untuk menamatkan kemenangan 8-0.